headermask image

header image

Hebatnya puasa !

http://hotneuzs.blogspot.com/2010/08/orang-yang-berpuasa-dapat-mengelakkan.html

Orang yang berpuasa dapat mengelakkan dari 50 jenis penyakit. Ini kerana ketika berpuasa, penghasilan oksidan atau radikal bebas berkurang manakala tubuh menghasilkan antioksidan.

“Ketika puasa, hormon dalam tubuh berubah salah satunya menghasilkan antioksidan. Pada hari ke 7-14 kadar antioksidan akan meningkat,“ ujar doktor konsultan gizi, Sri Rusmanti, dalam diskusi Tinjauan Manfaat Puasa dari Sisi Medis di Rumah Sakit Umum Islam Kustati Solo, Sabtu (8/8).
Keep Reading »

Wanita dimurkai Allah..

Duhai wanita..

Dipetik dari Puteri Nuur Afiqah

Image of Muslimette - Muslim Women Magazine.

Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Beba…s menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu,Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Bicara hati seorang ayah… duhai puteriku..

Puteriku..

Benarlah bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk, silakan…

Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak : Pencuri! Tolong..tolong..! Saya dicuri!

Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya.

Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!

Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?

Keep Reading »

Jauhilah Sikap Sombong

Salah satu tujuan diutusnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang baik.” (HR. Ahmad 2/381. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam adalah agama yang mengajarkan akhlak yang luhur dan mulia. Oleh karena itu, banyak dalil al Quran dan as Sunnah yang memerintahkan kita untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjauhi akhlak yang tercela. Demikian pula banyak dalil yang menunjukkan pujian bagi pemilik akhlak baik dan celaan bagi pemilik akhlak yang buruk. Salah satu akhlak buruk yang harus dihindari oleh setiap muslim adalah sikap sombong.

Sikap sombong adalah memandang dirinya berada di atas kebenaran dan merasa lebih di atas orang lain. Orang yang sombong merasa dirinya sempurna dan memandang dirinya berada di atas orang lain. (Bahjatun Nadzirin, I/664, Syaikh Salim al Hilali, cet. Daar Ibnu Jauzi)

Keep Reading »

MUTIARA IMAN: JANGAN TAMAK & PANJANG ANGAN-ANGAN

Daripada Anas Bin Malik berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : Tamak dan angan-angan.” ( Riwayat Bukhari )
Ulasan Hadis:
1.        Di dalam Hadis Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita tentang 2 perkara yang perlu kita elakkan. Iaitu tamak dan angan-angan.
2.        Tamak merupakan sifat yang tercela, sifat ini adalah sifat manusia yang tidak pernah merasa cukup dan puas dengan apa yang dimiliki, dan mereka ini boleh disifatkan sebagai orang yang tidak bersyukur.
3.        Angan-angan ialah perbuatan yang menyebabkan seseorang itu tidak berada di alam realiti dan ianya hanya berada di alam fantasi, iaitu alam yang tidak kesampaian disamping ianya juga membazir masa semata-mata. Dan angan-angan juga adalah racun dan musibah kehidupan yang tidak ada manfaatnya.
4.        Seseorang yang tamak dan panjang angan-angan termasuk di dalam golongan yang rugi dan boleh mengheret manusia ke lembah kerosakan dan keresahan. Berkata Zunnun Al Misri seorang Ulama Sufi : “ Yakin mendorong kepada pendek angan-angan, sedangkan pendek angan-angan membawa kepada zuhud. Sifat zuhud mewarisi hikmah dan hikmah pula mewarisi berfikir tentang akibat.”

Mudahnya MENGELUH.. Sukarnya BERSYUKUR..

www.iluvislam.com
Air Sungai
mawaryangtinggi

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Keep Reading »